Tips Simpan Emas Setiap Bulan

tips simpan emas

Melabur emas sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar dan tidak salah jika kita memulakan pelaburan emas dengan modal yang rendah terlebih dahulu. Tahukah anda, dengan modal serendah RM1, anda sudah boleh menyertai pelaburan emas di Public Gold sebagai contoh. Ada beberapa pilihan platform yang boleh dibuat untuk pembelian emas secara sedikit demi sedikit.

Namun, jangan terus melabur. Perlu ketahui terlebih dahulu antara tips simpan emas setiap bulan supaya tidak tersalah langkah.

1. Buat Simpanan RM10 Sehari

Dengan adanya wang, anda boleh membeli emas. Jadi bagaimana? Ada juga individu yang selalu menyimpan RM10 sehari untuk berjaya menyimpan emas setiap bulan. Tips ini dilihat amat berkesan kerana apabila cukup 30 hari, anda sudah boleh memiliki emas seberat 1 gram.

2. Guna Duit Kutu

Selain menyimpan sendiri, ada juga makcik-makcik atau kakak-kakak di kampung yang sering menggunakan teknik duit kutu secara bulanan bagi membuat simpanan setiap bulan. 

Teknik guna duit kutu ini sangat berkesan dan mampu menjana lebih banyak jumlah simpanan emas setiap bulan. Sebagai contoh, jika duit kutunya RM100 seorang dan ahlinya 15 orang sebulan, anda sudah terima RM 1,500. Jadi, pasti setiap bulan akan mendapat lebih daripada 2 gram, betul tak?

3. Tukarkan Simpanan Wang Kumpulan RM5, RM10 Dan RM20

Pernahkah anda terfikir mengenai simpanan wang kumpulan RM5, RM10 dan RM20 anda tersebut ditukarkan kepada simpanan emas setiap bulan. Daripada anda menyimpan wang tersebut begitu sahaja, mungkin anda boleh menukarkannya kepada simpanan emas kerana nilainya susah untuk jatuh.

4. Beli Emas Bulanan Secara Tetap Dengan Harga Serendah RM100

Bagi anda yang tidak mampu menyimpan emas yang banyak setiap bulan, anda boleh menyimpan emas dengan harga RM100 setiap bulan dengan Public Gold. Ini mungkin merupakan antara simpanan emas dengan nilai yang agak rendah, namun dengan usaha yang berterusan ia akan mendatangkan hasil yang memuaskan. Kaedah ini akan membolehkan anda memiliki simpanan 1 gram emas setiap 3 bulan.

5. Beli Emas 1 Gram Setiap Bulan

Bagi anda yang mempunyai hasil kewangan yang banyak, anda boleh membeli emas 1 gram setiap bulan untuk dijadikan sebagai simpanan emas. Cara ini sering dilakukan oleh kebanyakan masyarakat di negara kita. Dengan konsisten membeli emas, anda akan mengumpul emas yang cukup banyak satu hari nanti.

Kesimpulannya, tips di atas merupakan tips yang berkesan dalam usaha menyimpan emas setiap bulan. Anda juga boleh menyimpan emas setiap bulan mengikut kreativiti masing-masing. Pentingnya menyimpan emas secara bulanan mulai sekarang kerana dalam masa 6 tahun, mungkin anda akan berjaya memiliki jongkong emas yang bernilai 1 kilogram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *