4 Sebab Wajib Mengapa Perlu Jadikan Emas Sebagai “Simpanan” Kedua

gold bars

Sediakan payung sebelum hujan. Langkah terbaik yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat simpanan (atau lebih sesuai; pelaburan) emas selain daripada simpanan wang kertas. Menyimpan wang kertas semata-mata adalah bahaya sebab wang tadi tetap akan hilang nilainya disebabkan banyak faktor.

Nilai emas cenderung untuk kekal atau meningkat seiring dengan masa, berbanding dengan wang kertas yang nilainya boleh menurun seiring dengan inflasi.

Menyimpan emas ni tiada dividen. Kita kena peram dan jual pada waktu yang betul.

Tentunya terdapat banyak kelebihan dan juga keistimewaan yang bakal anda perolehi sekiranya anda juga menjadikan emas sebagai simpanan kedua.

Berikut merupakan 5 sebab kenapa perlu menjadikan emas sebagai simpanan yang kedua.

1. Kalis Inflasi (inflation proof)

Dahulu, seekor kambing bersamaan dengan 1 dinar emas. Secara analoginya, 1 dinar emas yang bersamaan seekor kambing tidak berubah dari segi nilai fizikalnya. Tapi bagaimana pula jika dibandingkan dengan nilai sekeping wang kertas?

Cuba anda bayangkan jika 10 tahun dahulu, anak anda membawa duit syilling RM0.50 ke sekolah, ianya sudah cukup menampung perbelanjaan makan di sekolah dan ternyata ianya mengenyangkan. Namun, pada masa kini, dimanakah nilai RM0.50 tersebut?

Tetapi jangan terkejut jika ada juga yang berpendapat emas tidak tepat dianggap sebagai ‘kalis inflasi’ (inflation proof). Pernah dengar tentang California Gold Rush? Kisah ini membuktikan emas boleh bertindak sebagai punca kepada berlakunya inflasi.

California Gold Rush menyebabkan inflasi terutamanya di Amerika Syarikat pada waktu itu. Ini disebabkan oleh beberapa faktor yang terlibat dalam gelombang emas yang terjadi.

Pertama sekali, jumlah emas yang ditemui di California meningkat dengan ketara dalam tempoh yang singkat. Emas yang lebih banyak bermakna lebih banyak wang yang beredar di dalam ekonomi Amerika Syarikat, yang mengakibatkan kenaikan harga barang.

Kedua, pelabur emas yang berbondong-bondong ke California menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap barangan dan perkhidmatan di kawasan tersebut. Peningkatan permintaan yang begitu mendadak dan tinggi ini menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan meningkat dengan ketara.

Ketiga, kerajaan Amerika Syarikat pada masa itu mencetak wang tambahan untuk membantu membiayai Perang Mexico-Amerika. Ini mengakibatkan lebihan wang beredar dalam pasaran dan meningkatkan inflasi.

Oleh itu, gabungan dari faktor-faktor seperti penemuan emas yang banyak, permintaan yang tinggi, dan pengeluaran wang yang lebih banyak oleh kerajaan menyebabkan inflasi yang ketara di Amerika Syarikat pada waktu itu.

2. Mudah Ditukar Kepada Tunai

Emas merupakan aset fizikal yang paling mudah untuk dicairkan kepada tunai. Dengan adanya emas, anda tidak perlu bimbang sekiranya memerlukan wang tunai dengan kadar segera. Ini kerana, emas tersebut boleh dijual pada bila-bila masa sahaja dan ianya laku di seluruh pelusuk dunia meskipun ketika itu anda sedang melancong ke luar negara.

Cara lain sekiranya anda tidak mahu menjual emas tersebut, anda juga boleh menggunakan cara pajak gadai dimana anda mendapatkan duit secara pinjaman dan boleh ditebus semula apabila anda telah mempunyai wang yang cukup.

3. Boleh Digunakan Sebagai Modal Pusingan

The Malaysian Ringgit is the currency of Malaysia.

Bagi anda yang berniaga, emas adalah medium untuk dijadikan sebagai modal pusingan. Anda boleh sahaja memajak emas tersebut di Ar-Rahnu untuk mendapatkan tunai dalam bentuk pinjaman. Setelah selesai urus niaga anda, anda boleh menebus kembali emas tersebut.

Di sini anda mendapat 2 manfaat di mana yang pertamanya, anda masih memilki emas yang dijadikan sebagai modal pusingan dan keduanya keuntungan tunai dalam hasil perniagaan anda.

4. Aset Mudah Alih

Berbeza dengan tanah dan rumah. Ianya merupakan aset yang tidak boleh dibawa ke mana-mana tetapi berbeza pula dengan emas yang mudah dibawa kemana-mana. Tidak kira di mana tempat anda berada, anda boleh membawa sekali emas-emas yang anda miliki bersama anda. Namun harus diingat, keselamatan anda juga harus dititik beratkan. Jangan ambil mudah akan soal keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *