8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

tip-beli-barang-kemas-perhiasan

Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.

Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ini tips yang boleh saya kongsikan bila nak beli barang kemas:

Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.

Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit, belilah barang kemas 916 sahaja.

Tip #2: Beli barang kemas padu sahaja

Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.

Emas padu, barang kemas i-series keluaran Public Gold.

Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

Tip #3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata

Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916! Ms. Denise (trainer Public Gold) dedahkan memang pernah ada kes macam ni.

Tip #4: Simpan resit belian

Resit belian original akan memberi kesan kepada nilai emas tu bila nak jual balik pada pengeluar. Dan sesetengah Ar-Rahnu akan minta resit belian bila nak buat pajakan nanti. Saya pernah survey di kedai emas Poh Kong; kalau ada resit dia akan beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa. Banyak juga perbezaan tu.

Tip #5: Jangan beli emas putih

Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

Tip #6: Survey kos upah paling rendah

Jangan tertipu kalau nampak harga emas rendah sebab biasanya harga yang dipublish pekedai emas ialah harga tanpa kos upah. Kos upah berbeza-beza antara satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kos upah tu anda boleh negotiate supaya murah. Kalau tak ada kos upah lagi bagus. Ada kes customer saya dapat negotiate kos upah dari RM200 kepada RM50. Banyak juga tu penjimatannya.

Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas)

Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di www.fgjam.org.my atau boleh juga rujuk di http://www.hargaemas.com.my/harga. Tapi harga sebenar setiap pekedai emas adalah berbeza-beza sebab emas bukan barang kawalan. Ia tertakluk kepada kos pengeluaran dan kadar keutungan yang ditetapkan oleh pekedai emas tu sendiri.

Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi

Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya, dengan syarat mesti simpan resit asal.

Itulah tips membeli barang kemas yang sesuai dijadikan harta bernilai tinggi. Mudah-mudahan, 8 tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *