Kelebihan & Cara Untuk Membeli Emas Terpakai

emas terpakai

Emas sememangnya sinonim dengan masyarakat dalam negara kita sebagai aset, barangan kemewahan dan lain-lain lagi. Ramai pasti tahu bahawa terdapat pelbagai jenis emas yang wujud dalam dunia ini seperti barang kemas, emas goldbar, jongkong emas, sijil dan lain-lain lagi. 

Antara yang paling popular dalam masyarakat kita adalah emas terpakai. Untuk proses pembelian emas terpakai, jom kita baca akan kelebihan beli emas terpakai dan cara beli emas tersebut.

Definisi Emas Terpakai

Sebelum penerangan yang lebih lanjut mengenai emas terpakai, jom kita berkenalan terlebih dahulu dengan emas terpakai ini. Emas terpakai merupakan emas yang telah dibentuk kembali dan digunakan bagi sesuatu tujuan tertentu. Ia dari emas asli tetapi dibentuk semula dan digunakan.

Bagi penggemar perhiasan barang kemas, emas terpakai merujuk kepada barangan kemas yang telah dibeli dan dijual kembali oleh seorang pembeli kepada pembeli yang lain dengan harga tertentu. Apa pun jenis emas yang anda ada, simpan elok-elok ya.

Kelebihan Beli Emas Terpakai

1. Tidak Dikenakan Cukai SST

Emas terpakai biasanya tidak akan dikenakan cukai SST atas sebab sesetengah peniaga yang sengaja tidak mengenakan cukai SST. Ini kerana mereka ingin menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli emas tersebut. Selain itu, kos cukai yang dikenakan ke atas emas terpakai adalah sangat rendah dan tidak seperti emas baru. Ia lebih menjimatkan buat anda.

2. Harganya Lebih Murah

Emas terpakai lebih murah disebabkan oleh ketiadaan kos upah yang terlibat dalam proses membentuk emas tersebut menjadi barangan kemas. Jadi, dengan ketiadaan kos upah ini, ia secara tidak langsung membuatkan emas terpakai ini menjadi lebih murah berbanding dengan emas baru. 

Biasanya, kos upah inilah yang menjadikan nilai emas baru itu mahal ataupun tidak kerana nilai estetika seni yang tersendiri yang ada pada emas tersebut. Dalam harga jualan emas, proses-proses penting akan dititik beratkan dan diambil kira.

3. Mudah Untuk Dijual Atau Dibeli

Kelebihan beli emas terpakai juga adalah mudah untuk dijual beli berbanding dengan emas baru disebabkan oleh tiada harga kos. Dengan tiada harga kos, ia sering menjadi pilihan penggemar emas disebabkan oleh harganya yang jauh lebih rendah.

Cara Beli Emas Terpakai

Bagi anda yang beragama Islam, cara terbaik adalah untuk membeli emas terpakai adalah di acara lelongan Ar-Rahnu. Biasanya untuk membeli emas terpakai, anda haruslah menyediakan wang yang sedikit banyak daripada jumlah asal emas tersebut. Bukan apa, mungkin anda akan berkenan dengan pattern emas terpakai lain apabila melihat emas-emas yang di lelong di sana. 

Selain itu, sekiranya anda membeli emas di acara lelongan Ar-Rahnu, anda juga perlu mengisi borang bidaan. Jadi, satu borang hanya boleh membida satu barang sahaja. Ini adalah proses untuk beli emas terpakai yang boleh anda ikuti jika beli emas terpakai di Ar Rahnu.

Kesimpulannya, emas terpakai selalunya menjadi buruan para pelabur emas oleh sebab faktor harganya. Bagi penggemar barang perhiasan pula, emas terpakai tidak menjadi pilihan utama mereka kerana patternnya agak lama dan warna emas tersebut sedikit kusam. 

Lain pula dengan pengguna yang bijak, tidak kiralah pelabur atau penggemar perhiasan emas, emas terpakai pasti akan menjadi pilihan mereka kerana harganya sangat murah dan menjimatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *